Tuesday, July 06, 2010

Penjagaan Sutera Asli

Pemeliharaan Sutera Asli 

Cara yang terbaik untuk mencuci kain sutera adalah dengan cara cucian kering (dry cleaning) atau mencucinya dengan menggunakan detergen pencuci khusus untuk sutera. Jangan mencuci kain sutera ini menggunakan air panas pada suhu yang tinggi. Mencuci sutera dengan pakaian yang cerah serta putih adalah sesuatu yang tidak digalakkan. Menyental sutera serta membasuh menggunakan mesih basuh juga tidak digalakkan

Kain sutera seharusnya diletakkan ditempat yang kering dan elakkan di letak di bawah sinar matahari secara langsung. Tindakan memerah kain selepas di basuh adalah tidak seharusnya dilakukan. Semasa menggosok suhu yang digunakan janganlah terlalu tinggi dan menggosok disebelah dalam dicadangkan bagi mengelakkan kain sutera ini daripada rosak.