Tuesday, July 06, 2010

Sutera

Mengenalpasti Sutera Asli


Cara yang biasa digunakan untuk mengenal pasti sutera asli adalah dengan cara memegangnya dan pemerhatian- Perhatikan panjang dan keseragamannya. Fiber Sutera adalah sangat nipis dan panjang. Kain sutera adalah lembut, cerah dan bersinar. Pembakaran- Apabila urat kain sutera dibakar, ianya terbakar secara perlahan, akan mengeluarkan bau seperti rambut terbakar, berwarna hitam dan berdebu.

Sutera mempunyai fungsi menjaga kesihatan badan secara tertentu iaitu, Ia membawa kepada sensasi yang menyegarkan kerana sutera asli mempunyai biokompatibliti yang baik, mengandungi sebanyak 18 jenis asid amino. Ia merupakan penyerap bunyi, habuk dan juga cahaya yang panas. Sutera juga berfungsi sebagai anti radiasi ultra violet.